PRM LOGO
KETERANGANNYA :
~ SIMBOLISME : Ia melambangkan seorang ibu yang menghulurkan tangannya kepada anak tercinta,dambaan kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya dan kehangatan dakapan kasih seorang ibu. Ia juga menyerupai dua buah bulan sabit sebagai tanda simbolik agama Islam yang menjadi prinsip amalam PRM dalam operasinya.
~ GAYA : Untuk menunjukkan kecekapan, keprihatinan, imej korporat dan persepsi, perkhidmatan yang berkualiti serta produk tersendiri yang ditawarkan.
~ TYPOGRAPHY : Font Twentieth Century atau TW Cent telah dipilih kerana keunikan dan kelainannya bagi membezakan dengan font-font lain yang telah digunakan oleh kebanyakkan produk atau perkhidmatan berjenama ternama. Rasional Penggunaan Font TW Cent , ianya merupakan suatu geometri sans-seriftypeface yang direka oleh Sol Hess untuk Lanston Monotype dan sebagai pesaing kejayaan untuk Futura typeface yang lebih besar X keinggian serta lebih besar dan lebih lebar stroknya. Font Twentieth Century atau TW Cent bersifat tersendiri untuk huruf "a" dan "g". Motto yang diilhamkan juga telah menggunakan don italik untuk menunjukkan kekuatan dan matlamat utama PRM - iaitu "Kerana Kami Prihatin" (Because We Care).
~ HUBUNGAN : Simbol ibu mencapai anaknya adalah untuk mengambarkan betapa PRM amat prihatin menjaga setiap keperluan pesakit. Ianya juga menunjukkan tahap tersendiri setiap perkhidmatan yang di tawarkan dalam pengurusan keperluan pengubatan dan masyarakat yang sentiasa berkembang .
~ WARNA : Turquoise atau warna firus membantu menjalin komunikasi di antara emosi atau rasahati dan lisan yang diucapkan dengan perkataan. Ianya juga menggambarkan warna kehidupan yang penuh mesra dan nikmat kebahgiaan. Dalam psikologi warna, warna firus dapat mengawal dan menyembuhkan emosi dalam mewujudkan keseimbangan dan kestabilan emosi. Dalam proses ini, ia boleh muncul seperti roller coaster , emosi yang bersifat naik turun sehingga ianya boleh mengimbangi emosi tersendiri. Turquoise menggalakkan penyembuhan dalaman melalui keupayaan untuk meningkatkan empati dan sifat penyayang. Ianya dapat meningkatkan keupayaan gerak hato dan membuka pintu kepada kecerdasan rohani. Ianya juga melambangkan warna jika berkembang. Turqoise juga dikelasifikasikan sebagai lambang komunikasi, kejernihan berfikir, keseimbangan dan harmoni, idealisma, ketenangan, kreativiti, belas kasihan, penyembuhan dan sara diri. Hijau adalah warna keseimbangan dan keharmonian. Dari perspektif psikologi warna, ia adalah pengimbang di antara hati dan emosi serta mewujudkan kestabilan antara akal fikiran dan hati. Di sudut pengertian perspektif warna, hijau juga adalah warna pertumbuhan, warna musim bunga, pembaharuan dan kelahiran semula . Ia memperbaharui dan mengembalikan sumber-sumber tenaga telah habis digunakan. Hijau juga melambangkan warna Islam.
.jpg)
No comments:
Post a Comment